Tag Archives: E-Penyata Gaji

E-Penyata Gaji & Laporan

E-Penyata Gaji & Laporan (ANM) | Portal Janm (Jabatan Akauntan Negara) sila klik ikon untuk akses:

E-Penyata GajiPortal JANM
Pinjaman Peribadi untuk Kakitangan Kerajaan | sila klik ikon untuk akses:

Pinjaman Peribadi


E-Penyata Gaji merupakan sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Perseketuan seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya.

Cara-cara mengakses sistem E-Penyata Gaji :

Jika anda daftar untuk kali pertama ke E-Penyata Gaji anda perlu klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan mengisi informasi yang diperlukan. Pendaftaran anda akan berjaya jika informasi No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.

Untuk akses ke sistem E-Penyata di masa hadapan anda hanya perlu masukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat setelah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my dan klik pada butang “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses ke sistem E-Penyata Gaji.

Sistem E-Penyata

Langkah seterusnya klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk maklumat atau muat turun Penyata Gaji yang terkini dalam bentuk PDF. Anda juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara online atau dalam bentuk E-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan, No. Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.

epenyata gaji

Pada masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan untuk mengakses informasi penyata pendapatan bulanan dan tahunan secara serta merta dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga penjimatan kos slip penyata gaji.

Panduan Terperinci dan Tatacara E-Penyata Gaji :

E-Penyata Gaji atau sistem akses kepada Penyata Pendapatan secara online adalah disediakan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), jika anda memerlukan panduan kegunaan atau Tatacara Pengunaan Sistem E-Penyata dengan teliti dan lengkap sila muat turun panduan dalam bentuk PDF klik sini.

epenyata gaji pendaftar pertama kali

Dengan penyelarasan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 mengiringi pelaksanaan Sistem “e-Penyata Gaji dan Laporan” dari ANM. Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk mengistihar pelaksanaan dan panduan serta tatacara pengunaan sistem e-Penyata Gaji atau e-Penyata online, pendapatan tahunan juga mulai dapat diakses dan dicetak sendiri dari laman rasmi Jabatan Akauntan Negara oleh Kakitangan Kerajaan bertaraf Perseketuan manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Muat turun Surat Pekeliling E-Penyata dan Laporan dalam bentuk PDF klik sini

Kesemua individu termasuk Kakitangan Kerajaan berhak untuk mendapatkan informasi Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum masa setiap individu dibayar oleh majikan. E-Penyata Gaji secara online atau Penyata Pendapatan yang tertulis membolehkan individu untuk mendapatkan informasi pendapatan dan kawalan keatas finansial dengan lebih berkesan. Hak untuk maklumat butiran E-Penyata Gaji kepada Kakitangan Kerajaan mahupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas untuk yang bekerja.

E-Penyata Gaji anda harus menunjukkan :

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun. Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.

Lupa Kata Laluan E-Penyata:

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem E-Penyata sila masuk ke skrin Daftar and klik pada “Lupa Kata Laluan”. Sejurus selepas mengaksesnya, anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada kali pertama.

Jika soalan dan jawapan adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan dinyatakan untuk akses semula ke dalam sistem. Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar Semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No. Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.

E-Penyata merupakan sistem daftar masuk ANM untuk menyemak, mengakses dan print slipgaji Kakitangan Kerajaan secara online dan secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Update :

E-Penyata Gaji akan mengalami had akses terhad atau dalam status sistem maintenance dari masa ke semasa untuk mengendali, mengemaskini maklumat dan update laman rasmi E-Penyata. Ia merupakan rutin untuk menentukan operasi sistem yang terkini dan penambahbaikan keselamatan penggunaan sistem akses dan mutu perkhidmatan laman penyata gaji online. Jika perlu, sila rujuk kepada tatacara dan panduan penggunaan diatas. Harap maklum.